Kerjasama Strategik Untuk Program Kesedaran Pelaksanaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
7 September 2020 | Aktiviti TerkiniPada 06 September 2020, Pusat Internet Kg Padang Wahid telah dilawati oleh Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) iaitu Tuan Mazmalek Bin Mohamed. Lawatan ini bertujuan bagi membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh komuniti mengenai menyebaran data yang mereka tidak ketahui.
Jabatan melalui kerja sama antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Syarikat Telekomunikasi menjadikan projek perintis ini sebagai platform terbaik dalam menyampaikan dasar Kerajaan kepada rakyat khususnya mengenai Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709). Pusat Internet merupakan barisan hadapan yang dilatih dan paling dekat dengan masyarakat tempatan di kawasan luar bandar yang melibatkan ushawan-usahawan, pusat latihan dan sekolah-sekolah terpilih dengan harapan usaha ini dapat membantu memperkasakan komuniti digital di luar bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: