Program Kelas Intervensi Membaca Dan Menulis Sempena Cuti Sekolah
15 Mac 2020 | Aktiviti TerkiniPada 14 Mac 2020, Pusat Internet Kg Pdg Wahid telah mengadakan Program Kelas Intervensi Membaca dan Menulis sempena cuti sekolah. Program ini bertujuan membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu bagi pelajar tahun 3 hingga 5. Kumpulan murid yang menghadiri kelas ini merupakan pelajar yang berada di kelas bawah di sekolah mereka.
Setiap pelajar diberikan sehelai kertas dan pensel untuk belajar menulis nama dengan cara yang betul. Selain itu, pelajar diberikan kuiz pantas bagi menguji tahap penguasaan ejaan dalam Bahasa Melayu. Kebanyakkan pelajar yang terlibat masih berada di tahap penguasaan yang sederhana. Oleh itu, ibu bapa harus memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak seperti meluangkan masa dengan membuat latihan bersama mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: