Pengisian Borang Permohonan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0)
20 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada 18 dan 19 Oktober 2020, Pusat Internet telah didatangi oleh peniaga yang terjejas akibat covid-19. Tujuan mereka ialah untuk mengisi borang permohonan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) secara dalam talian seperti yang telah diwar-warkan dalam laman social. Permohonan ini dibuka secara dalam talian pada 1 hingga 31 Oktober 2020. Geran Khas Prihatin ini dilancarkan oleh kerajaan dan ia merupakan bantuan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (GKP).
Ia bertujuan membantu meringankan bebanan kewangan syarikat PKS mikro di seluruh negara yang terjejas akibat Covid-19 dengan anggaran seramai 700,000 syarikat akan memperolehi manfaat geran tersebut. Ia termasuklah penjaja pasar malam, peniaga kecil dan sebagainya. Kadar bantuan yang diberikan melalui Geran Khas Prihatin ini adalah sebanyak RM 3,000 dan kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 2.1 bilion bagi menyalurkan bantuan ini. Pembayaran RM 3,000 akan dibayar secara one-off kepada penerima. Peniaga yang hadir ini telah mendaftarkan perniagaan mereka di ssm dan PBT.Diharapkan dengan bantuan yang diperolehi mampu digunakan sebaik mungkin dalam meningkatkan jualan para peniaga.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: