Kempen : Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong
10 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniAkhir-akhir ini terdapat segelintir pengguna menjadikan media sosial sebagai medium untuk menyebarkan berita palsu dan telah menyebabkan masyarakat keliru sehingga terpengaruh dengan mesej yang disampaikan.
- Objektif Kempen
- Mempromosikan nilai-nilai positif yang harus diamalkan oleh pengguna internet seperti 'bercakap benar', 'bijak menilai', 'beringat bila bercakap' serta memberi fokus kepada impak berita palsu kepada masyarakat.
- Mesej Utama
- Jangan kongsi pembohongan, mempromosikan portal sebenarnya.my dan mengingatkan kepada rakyat Malaysia bahawa membuat dan menyebarkan kandungan palsu atau tidak benar adalah tingkah laku jelik yang tidak boleh diterima.
- Tema/Slogan Kempen
- "Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong"/ “Freedom of Speech but not freedom to lie”
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: