Persidangan Perlindungan Data Peribadi (Akta 709) Badan Berkanun Di Langkawi
8 September 2020 | Aktiviti TerkiniPada 07 September 2020, telah diadakan satu persidangan bersama-sama agensi-agensi kerajaan dan swasta sekitar Langkawi oleh JPDP (Jabatan Perlindungan Data Peribadi). Persidangan ini bertujuan bagi menyampaikan maklumat mengenai perlindungan data peribadi di antara pelbagai pihak khasnya. Terdapat agensi daripada LADA,Perbankan,Hotel,Agen Perlancongan,TNB,Hospital,Sekolah dan Pusat Internet turut dijemput bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai perlindungan data peribadi ini.
Jabatan PDP melalui kerja sama antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjadikan seminar ini sebagai platform terbaik dalam menyampaikan dasar Kerajaan kepada rakyat khususnya mengenai Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709). Agensi Kerajaan mahupun swasta merupakan barisan hadapan yang perlu tahu mengenai perlindungan data ini kerana agensi inilah yang paling dekat dengan masyarakat tempatan di kawasan luar bandar yang melibatkan orang ramai. Diharapkan usaha ini dapat membantu memperkasakan komuniti digital di luar bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: