Kelas Tambahan Prinsip Perakaunan SPM 2021 Dan PDPA
9 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniPada 8 Disember 2020,PIK Kg Pdg Wahid telah dijadikan sebagai kelas tambahan bagi pelajar SPM 2021. Guru Prinsip Perakaunan iaitu Puan Rahimah dengan kesungguhan beliau telah bermurah hati untuk mengajar kelas tambahan ini kepada pelajar-pelajar beliau. Seramai 10 orang pelajar terpilih telah menghadiri kelas tambahan ini yang bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang.
Kelas Tambahan ini bertujuan untuk memberikan latihan tambahan prinsip perakaunan kepada pelajar tingkatan 5 yang akan menghadapi peperiksaan SPM pada tahun 2021 supaya dapat meningkatkan keupayaan pelajar untuk menjawab soalan. Selain itu juga, telah dijalankan Taklimat PDPA kepada pelajar agar dapat mereka mendapat info mengenai kepentingan menjaga data ketika mereka melayari internet dan berkongsi info di alam maya.
Diharapkan usaha guru dapat PIK ini mendapat membuahkan hasil kepada para pelajar untuk menjalani peperiksaan SPM yang bakal tiba pada tahun hadapan 2021.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: