Pendaftaran Dan Pengisian MyFuture Job PERKESO
7 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniPada 6 Disember 2020 telah dijalankan sesi pendaftaran dan pengisian Myfuture Job di PIK Kg Pdg Wahid. Myfuture Job ini merupakan inisiatif daripada Pihak Perkeso bagi membantu golongan yang telah kehilangan pekerjaan.
Program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk meningkatkan peluang pekerjaan dan mewujudkan peluang pekerjaan.Oleh itu, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menggesa kepada semua yang berkenaan untuk membuat pendaftaran secara atas talian di Portal MyFutureJobs PERKESO.
Program ni adalah hasil dari kerjasama pihak kerajaan dibawah Kementerian Sumber Manusia yang dilaksanakan oleh pihak PERKESO bagi tujuan Inisiatif mewujudkan peluang pekerjaan disamping mengurangkan kadar pengangguran di negara kita Malaysia.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: