Kelas Individu Microsoft Word (Menaip Surat)
29 Disember 2020 | Aktiviti Terkini4 orang komuniti Kg Kedawang telah hadir bagi menyiapkan hal surat menyurat mereka. Mereka diajar tentang cara-cara penggunaan Microsoft Word bagi membiasakan diri dengan menambah kemahiran sedia ada. Petugas PIK juga menerangkan cara untuk menyimpan data yang telah ditaip dan mengedit tulisan serta perbaiki salah ejaan. Kelas ini membantu mereka untuk meningkatkan kemahiran dan penguasaan dalam bidang IT dan penguasaan mengenai perisian komputer.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: