KELAS AKTIVITI CUTI SEKOLAH DAN PKPB (KUIZ KAHOOT)
21 November 2020 | Aktiviti TerkiniPada 20 November 2020, empat orang pelajar dari Sekolah Rendah Kebangsaan Kedawang telah hadir ke Pusat Internet untuk menyertai pertandingan Kuiz Kahoot yang bertemakan tentang warna. Mereka dibantu oleh petugas di Pusat Internet mengenai cara yang betul untuk menjawab soalan yang diberikan dalam tempoh masa tertentu.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih pelajar menggunakan kemahiran ICT penggunaan internet serta memberi pendedahan baru kepada pelajar dalam proses pembelajaran secara atas talian. Mereka juga dapat mempraktikkan kemahiran yang dipelajari dalam proses pembelajaran harian dan menambah ilmu pengetahuan yang baharu dalam tempoh PKPB ini. Kelas ini diadakan secara fizikal dengan mengikut SOP yang ditetapkan di Pusat Internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: