Pelancaran Projek Demontrasi 5g Malaysia,Langkawi Kedah
20 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniBermula 10 Januari 2020 sehingga 22 Januari 2020, pameran 5G Malaysia telah diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi yang bertujuan untuk menandakan bermulanya era 5G di Malaysia terutamanya di Langkawi. Sebanyak 36 kes gunaan 5G dilaksanakan di Langkawi dalam pelbagai sektor termasuk Pelancongan & keselamatan.Masih banyak peluang untuk diteroka menggunakan teknokogi 5G ini terutama dalam industri pelancongan dan perniagaan bagi kesejahteraan ekonomi Langkawi.
Pada malam 19 Januari 2020,Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir telah merasmikan Projek 5G ini yang bertempat Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi. Beliau membayangkan Langkawi akan berubah menjadi 'Pulau Digital' dengan teknologi mengubah cara kehidupan dan pekerjaan penduduk pulau itu, dan bagaimana pulau itu berkembang. Beliau turut mengatakan bahawa kes-kes kegunaan seperti pertanian pintar dan pertanian kota ini amat relevan bagi Langkawi dan negara, kerana ia menyokong aspirasi negara dalam memaksimakan hasil pengeluaran serta meningkatkan stok bekalan makanan negara.
Teknologi 5G bertujuan untuk menyuburkan lagi inovasi dan membuka peluang-peluang baharu dalam pelbagai sektor termasuk pertanian, pendidikan, pentadbiran kerajaan, penjagaan kesihatan, keselamatan awam dan pengangkutan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: