Sambutan Hari Malaysia Peringkat Daerah Langkawi
14 September 2019 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Padang Wahid bersama-sama Pusat Internet Kluster Langkawi telah menyertai Sambutan Hari Malaysia Peringkat Daerah Langkawi pada 13 September 2019 (Jumaat).
Sambutan ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan Pusat Internet dan aktiviti yang di anjurkan selain untuk menyemarakan semangat kemerdekaan dalam kalangan kanak-kanak sekitar Langkawi.
Selain itu juga,program ini turut mendatangkan manfaat bukan sahaja kepada kanak-kanak bahkan juga kepada generasi masa kini bagi menanam semangat patriotik di kalangan warga Langkawi dan dapat memupuk permuafakatan di antara kaum di Langkawi serta memberi informasi mengenai kegiatan yang di jalankan di pusat internet.
Diharap kerjasama diantara kluster-kluster Langkawi secara tidak langsung dapat mewujudkan hubungan yang baik dan kerjasama yang berpanjangan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: