Pengisian GKP 3.0
9 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniKerajaan Malaysia terus komited untuk menyokong sektor perniagaan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro tempatan melalui Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0 yang diperkenalkan pada tahun ini di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).Ia bertujuan untuk meringankan beban kewangan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan perniagaan di dalam tempoh yang masih mencabar ini.
GKP kali ketiga ini merupakan ruang dan peluang kepada PKS yang tidak sempat memohon atau gagal memohon GKP sebelumnya. Pemohon mestilah mengikut syarat kelayakan, berdaftar dan memohon secara atas talian (online) melalui Portal GKP yang disediakan oleh LHDN iaitu di laman https://gkp.hasil.gov.my .
Permohonan ini telah dibuka mulai 1 April 2021 dan ditutup pada 15 April 2021. Pusat Internet Komuniti telah menjadi sumber rujukan para peniaga baharu yang ingin memohon dan mengisi borang ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: