Kelas ICT Individu - Mencipta Google Sites
9 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 8 Ogos 2022, seorang usahawan minyak angin bawang putih telah datang ke PEDi untuk menyiapkan google site jualan beliau. Beliau telah diajar menggunakan Google sites dan aplikasi canva bagi mencantikkan websites jualan beliau.
Beliau turut didedahkan dengan maklumat Pdpa agar sentiasa berhati-hati ketika melayari internet dan ketika menggunakan laman sesawang bagi mencari sebarang maklumat.
Pihak PEDi sentiasa mengalu-alukan kehadiran pengguna sekalian bagi memberi ilmu pengetahuan mengenai bidang teknologi maklumat. Kami juga komited dalam melaksana dan memberi informasi agar matlamat penubuhan PEDi dapat dilaksanakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: