Pengisisan Borang Permohonan SKIM Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM TEKUN 2022)
10 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniSkim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM) adalah skim yang menawarkan pembiayaan sehingga RM10,000 pada kadar keuntungan kosong peratus ( 0% ) berserta moratorium selama 12 bulan dengan keutamaan diberi kepada peniaga sektor informal dan mikro.
Objektif pembiayaan adalah salah satu usaha kerajaan memperbanyakkan akses pembiayaan kepada sektor perniagaan, terutamanya untuk pengusaha PMKS dan sektor informal. Ianya merupakan pembiayaan suntikan modal pusingan untuk memulihkan dan memulakan semula perniagaan yang terjejas daripada wabak COVID-19.
Selain itu, ia membantu pemulihan perniagaan seperti modal pusingan, pembelian peralatan atau perkakasan, bayaran gaji, bayaran sewa, bil utiliti dan lain-lain yang berkaitan. Pemohon yang layak boleh mengisi borang di laman web TEKUN atau boleh berhubung dengan pegawai di pejabat cawangan TEKUN yang berhampiran diseluruh negara atau secara dalam talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: