Lawatan Suaikenal IPG Kelantan ke PEDi Kg Pdg Wahid
16 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPEDi Kg Pdg Wahid telah menerima kunjungan daripada 3 Orang guru daripada IPG Kota Bharu Kelantan bagi meninjau penggunaan VR Goggle dalam sistem pembelajaran eKelas Maxis. Program eKelas ini adalah di bawah kelolaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi Maxis dengan menggunakan teknologi 5G untuk para pelajar.
Guru tersebut telah diberikan penerangan yang terperinci mengenai penggunaan VR dalam sistem pendidikan di sekolah.Walaupun penggunaan VR belum lagi dilaksanakan sepenuhnya namun guru tersebut berasa amat berbesar hati akan penerangan yang diterangkan.
Diharapkan segala usaha akan membawa kebaikan kepada semua.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: