Webinar Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)
14 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniSuruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) iaitu rakan kerjasama strategik Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) telah menganjurkan webinar Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) kepada Pengurus dan Rakan Digital Pusat Ekonomi Digital (PEDi) pada 13 Julai 2022 (Rabu).
Objektif penganjuran webinar ini adalah untuk menerangkan pendekatan dan inisiatif terkini pendaftaran program SPPP yang dikelolakan oleh pihak SSM serta tatacara permohonan atas talian.
Untuk makluman, webinar ini dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Teams dan penyertaan adalah mengikut zon lokasi PEDi. Jadual, pautan pendaftaran serta pautan kepada sesi webinar diberikan melalui email kepada peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: