Perkongsian Klik Dengan Bijak ‘Maklumat Palsu Tidak Pasti Jangan Kongsi’
19 November 2021 | Aktiviti TerkiniPelaksanaan pelbagai inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam usaha membanteras penyebaran berita palsu sejak kebelakangan ini bertujuan untuk menerapkan amalan “tidak pasti, jangan kongsi” dalam kalangan masyarakat apabila menerima sesuatu maklumat dan seharusnya dilihat daripada perspektif yang positif.
Antara tujuan perkongsian ini adalah mendidik masyarakat tentang kesahihan sesuatu maklumat dalam talian serta pendedahan jenis kandungan yang terdapat di Internet. Ini kerana masyarakat harini tidak membandingkan maklumat lalu menyebarkannya. Selain itu, penyebaran maklumat tidak benar membawa kesan negatif kepada reputasi seseorang, organisasi serta masyarakat.
Oleh itu, kita hendaklah menilai maklumat dengan menggunakan kaedah ‘SURE’ dan memeriksa sumber maklumat dengan kaedah ‘AACCO’ yang telah digariskan oleh pihak MCMC. Ayuh bersama kita hentikan penyebaran berita palsu yang boleh merugikan semua.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: