dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg.Padang Wahid, Langkawi, Kedah
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Advokasi Mobile E-Waste

19 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Sisa elektronik atau e-sisa (e-waste dalam bahasa Inggeris) menjadi antara penyumbang perubahan cuaca tidak menentu apabila ia tidak dikawal secara bersepadu. Peningkatan penggunaan barangan elektronik termasuk telefon pintar menyebabkan pertambahan e-sisa yang boleh menyumbang pencemaran alam dan memudaratkan kesihatan. Ia kerana barangan itu mempunyai bahan toksik dan berbahaya seperti plumbum, raksa, arsenik, kadmium, selenium, kromium heksavalen dan penebat api yang boleh mengeluarkan dioksin apabila terbakar.

Aktiviti mengitar semula memberi keuntungan bukan secara fizikal tetapi membantu masa depan generasi kemudian hari. Oleh itu, pengguna perlu peka dan mengambil langkah awal seperti pelupusan gajet yang sering digunakan seperti telefon bimbit.

Tahun lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bekerjasama dengan tujuh entiti bagi melancarkan program yang dinamakan Mobile e-Waste: Old Phone, New Life atau e-Sisa, Telefon Lama, Hidup Baru. Tujuh entiti terbabit ialah Malaysian Technical Standards Forum Bhd (MTSFB), Altel Communications, Celcom Axiata Berhad, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Maxis Berhad, TM dan U Mobile Sdn Bhd.

Program terbabit menggalakkan orang ramai melupuskan peranti mudah alih secara selamat dan mengitar semula gajet tamat tempoh hayat, tidak digunakan atau yang tidak mahu dimiliki ke arah memupuk budaya kurangkan, guna dan kitar semula (3R) di Malaysia. Bagi program ini, kami memfokuskan pada pengumpulan peralatan IT dan telekomunikasi kecil seperti telefon bimbit, tablet, kamera dan bank kuasa termasuk dengan alat pengecas dan aksesorinya sekali.

Jika anda mempunyai barangan seperti dinyatakan yang telah rosak, hantar barang tersebut ke dalam kotak e-waste yang berada di Pusat Internet Komuniti terdekat anda. Lakukanlah perubahan untuk kebaikan dunia, alam sekitar dan masa depan kita. “E-Waste dikitar, Bumi Terpelihara”.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

 

 

© 2014 - 2020 Semua Hakcipta Terpelihara.