dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg.Padang Wahid, Langkawi, Kedah
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Lawatan Kerja Langkawi Maxis E Kelas VR 5G

27 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Kg Padang Wahid telah menerima tiga kunjungan daripada pelbagai exco dan agensi negeri bagi meninjau perkembangan penggunaan VR Goggle dalam sistem pembelajaran eKelas Maxis. Program eKelas ini adalah di bawah kelolaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi Maxis dengan menggunakan teknologi 5G untuk para pelajar. Kunjungan bermula pada jam 9:30 pagi dari Encik Rizal Abd Malek, Ketua Wilayah Utara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama barisan Exco Negeri Pulau Pinang dan Penang Digital Library.

Kunjungan kedua dihadiri oleh YB Datuk Zahid Zainul Abidin, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia diiringi Yang Berhormat Tuan Romani Wan Salim, Exco Penerangan, Komunikasi dan Multimedia Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Kedah berserta Exco KKMM Putrajaya. Lawatan seterusnya adalah kunjungan daripada YB Khairul Shahril Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak bersama Tuan Meor Rezal Fitri Bin Dato’ Dr Haji Redwan, Ketua Pegawai Eksekutif Digital Perak ke pusat internet dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

 

 

© 2014 - 2020 Semua Hakcipta Terpelihara.