dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg.Padang Wahid, Langkawi, Kedah
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kursus Pengurusan Maklumat & Pengendalian Microsoft Office

21 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Program ini adalah program usahasama Pusat Internet Padang Wahid , Majlis Pengurusan Komuniti , Kampong Tanjung Dan Pejabat Kemas Langkawi. dalam usaha membantu pemimpin dan warga kampong dalam pengurusan dokumentasi. Kursus ini menekankan penggunaan MS Office (Word, Excel dan Powerpoint) dan pengurusan dokumen melibatkan komuniti kampong bersama MPKK. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat setempat berkenaan dengan penggunaan IT dan menguruskan kerja seharian menggunakan perisian komputer.

Kursus ini di rasmikan oleh pegawai khas ADUN kuah, Langkawi iaitu En. Zabidi bin Yahya. Melalui pelaksanaan kursus ini, ianya diharapkan dapat meningkatkan kemahiran para peserta dalam aplikasi yang terdapat di dalam perisian komputer dan mendapat sijil hadir kursus, seterusnya supaya peserta dapat mencurah ilmu yang telah dipelajari kepada masyarakat supaya kadar celik komputer dapat di pertingkatkan lagi dan memberi ruang kepada peserta kursus dalam menjana / menambah pendapatan atau peluang pekerjaan disektor swasta atau perniagaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

 

 

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.